Saturday, 22 December 2012

Mengenal Jantina Arowana





arowana-jantan 

arowana-betina 
AROWANA JANTAN AROWANA BETINA
Ciri-ciri:
  • Badan memanjang dan langsing
  • Kepala dan mulut yang besar dan dagunya lembut dan ada belahan
  • Warna yang lebih menyerlah dari ikan betina
  • Lebih agresif dalam persaingan mendapatkan makanan
Ciri-ciri:
  • Badan lebih pendek dan lebar
  • Kepala dan mulut yang kecil
  • Warna kebiasannya pudar berbanding ikan jantan
  • Kurang agresif berbanding ikan jantan dalam persaingan mendapatkan makanan

Mengenai Arowana

Arowana Asia (Scleropages Formosus) atau lebih dikenali sebagai `Ikan Naga’, telah dianggap sebagai salah satu Raja di Perairan Dunia kerana populariti yang sangat besar, nilai dan tampak berprestij. Bentuknya yang unik, sisiknya yang cantik, bermulut ‘bonytounge’ dan berskala besar. Khabar angin tentang misteri Arowana Asia ini telah dibuat begitu istimewa dan ianya telah mencuri hati banyak pencinta ikan.



MENGENAI IKAN AROWANA

Ikan arowana atau dikenali juga sebagai ikan kelisa boleh dibahagikan kepada beberapa jenis. Biasanya dibahagikan mengikut asalnya iaitu Asia, Australia dan Amerika Selatan. Jadual di bawah menunjukkan jenis arowana dan habitat asalnya.
Nama Arowana / Jenis Arowana
1. Asian Arowana (dilindungi oleh CITES- spesis diancam kepupusan) diantaranya adalah Kelisa emas (Malaysian Golden / crossback / highback), Super Red, Banjar Red dan Yellow Green Tail Arowana
2. Ausralian Arowana: Pearl Arowana
3. South American Arowana: Silver Arowana & Black Arowana
Selain itu, masyarakat cina juga mempercayai ikan ini mampu membawa tuah dan mereka juga percaya bahawa ikan ini merupakan jelmaan naga kerana sisiknya yang mirip sisik naga dalam mitos-mitos cina. Kedua-dua faktor diatas menjadikan ikan ini sangat istimewa dan mendapat permintaan yang tinggi terutama untuk pasaran eksport ke Singapura, Cina, Jepun, Hong Kong dan lain-lain.




Friday, 21 December 2012

Jenis-Jenis Arowana

MALAYSIAN GOLDEN AROWANA 


Ianya adalah salah satu spesis yang paling mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana 'Golden Bluebase' iaitu boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback', jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.


RED AROWANA



Ini juga merupakan salah satu ikan yang popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya begitu menyerlah sekali. Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka. Dalam beberapa tahun terakhir ini semua jenis ikan arowana merah ini dikumpulkan bersama-sama dan dipanggil 'Super Red atau Merah Kelas Pertama'


GREEN AROWANA


Arowana Hijau atau digelar ‘Green Arowana’ memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut yang lebih besar dan bulat. Ini adalah salah satu spesis yang paling banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia, Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat  berpatutan dan senang dibiakkan.


PLATINUM AROWANA 


Platinum Arowana dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut boleh membiakkan ikan jenis ini. Malah permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea, China dan negara-negara barat.

RED TAIL AROWANA


Kebanyakan Red Tail Golden Arowana akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super highback.


BANJAR RED AROWANA 


Banjar Red Arowana mirip dengan Yellow Tail atau Green Arowana, ekor bulat berwarna merah dan skala warna hijau metalik. Ini adalah Arowana yang paling mudah didapati dengan harga berpatutan serta warna juga sangat menarik. Pencinta Arowana ini juga menggelarkan namanya sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.


SILVER AROWANA

Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin. Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara. Terdapat juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna kelabu kehitaman.

Pengenalan Arowana

AROWANA

AROWANA terkenal sebagai ikan unik yang tidak ternilai harganya. Arowana termahal di dunia yang mencecah ribuan ringgit ialah arowana emas Malaysia, semestinya berasal dari negara ini. Kedudukan Malaysia yang mengalami iklim khatulistiwa menjadi lokasi terbaik bagi arowana membiak, sama ada di habitat semula jadi atau di dalam kolam ternakan. Ikan ini tidak boleh membiak di negara beriklim sederhana seperti Jepun, China, Thailand, Hong Kong dan Taiwan.

Walaupun terdapat pelbagai jenis arowana yang wujud di seluruh dunia seperti di Amerika Selatan, Australia dan Afrika, arowana Asia yang ada di negara ini merupakan yang paling cantik, paling berharga dan paling diminati di seluruh dunia. Kepada peminat dan masyarakat umum yang sangat meminati ikan hiasan ini, jangan lepaskan peluang untuk memiliki buku Arowana Ikan Hiasan Bernilai yang kini sudah pun berada di pasaran. Buku setebal 102 halaman hasil nukilan Mohamad Zaini Suleiman ini mengandungi pelbagai maklumat yang bermanfaat tentang riwayat arowana.

Terdapat enam bab dalam kandungan buku ini yang menceritakan tentang perihal arowana. Bab pertama merungkai kisah di sebalik populariti arowana, kejayaan pembiakan arowana, asal usul arowana dan sifat fizikal arowana. Tahukah anda bahawa pada masa dahulu, arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Ia juga dikenali sebagai ikan sarung golok di negeri pantai timur Malaysia. Selain dijual, dijadikan hidangan atau dijadikan pekasam oleh nelayan, dahulu ikan ini tidak mempunyai keistimewaan jika dibandingkan dengan ikan air tawar lain seperti lampam sungai, terbul, tembakang dan sebaru. Kelisa yang dahulu hidup di habitat semula jadi di hulu sungai, kini dikenali sebagai arowana dan dipelihara di dalam rumah atau di dalam pejabat kerana sering dikaitkan dengan simbol kemewahan serta kejayaan dalam kerjaya atau perniagaan seseorang.

Bab kedua menerangkan tentang jenis arowana yang terdapat di seluruh dunia dan yang dibiak di Malaysia. Terdapat tiga genus arowana di seluruh dunia, iaitu genus Scleropages, Osteoglossum dan Heterodontis yang tergolong dalam famili Osteoglossidae. Spesies yang terdapat di Malaysia dan Indonesia ialah Scleropages formosus. Terdapat tiga jenis utama arowana Asia di negara ini, iaitu arowana emas, arowana merah dan arowana hijau. Selain itu, terdapat pelbagai spesies di seluruh dunia yang tercatat dalam buku ini.
Keunikan arowana yang menyebabkannya begitu bernilai dijelaskan secara terperinci oleh penulis dalam bab ketiga. Antara keunikan arowana termasuklah warna sisik, sesungut, kelakuan dan cara pembiakan. Bab keempat pula menceritakan tentang mangsa atau makanan ikan ini yang bersifat pemangsa atau pemakan daging. Ikan arowana yang hidup di habitat semula jadi menjadikan apa- apa sahaja yang ada di dalam air seperti ikan, udang dan serangga termasuklah reptilia dan mamalia kecil yang termasuk ke dalam air sebagai mangsanya. Sementara itu, ikan yang dipelihara atau diternak di dalam kolam akan diberi makanan seperti cengkerik, belalang, udang, anak ikan, katak, ulat gandum dan pelet.

Bab kelima pula menerangkan tentang punca penyakit dan rawatan yang perlu dilakukan apabila arowana yang dipelihara menghidapi penyakit. Tanda-tanda awal arowana berpenyakit dijelaskan supaya pemelihara dapat mengenal pasti ikan kesayangan mereka seperti warna yang semakin pucat dan tidak bermaya, bahagian hujung sirip yang pecah-pecah dan bergerigi, tidak mahu makan atau morfologi badannya kelihatan tidak normal. Ikan yang berpenyakit perlukan rawatan, namun memerlukan kos dan berisiko tinggi. Oleh sebab itu, penjagaan yang sempurna terutama mutu air perlu diambil kira sebelum ikan ini dijangkiti penyakit. Individu yang ingin memelihara ikan ini, tetapi tidak mengetahui cara penjagaan di dalam akuarium bolehlah mendapatkan penjelasan lanjut yang dihuraikan dengan lengkap dalam buku ini yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini.


Rencana ini dipetik daripada Dewan Kosmik Januari 2012

RM45.00 (kulit biasa) RM65.00 (kulit keras)