Sunday, 23 December 2012
Saturday, 22 December 2012
Mengenal Jantina Arowana
AROWANA JANTAN | AROWANA BETINA |
Ciri-ciri:
|
Ciri-ciri:
|
Mengenai Arowana
Arowana Asia (Scleropages Formosus) atau lebih dikenali sebagai `Ikan Naga’,
telah dianggap sebagai salah satu Raja di Perairan Dunia kerana
populariti yang sangat besar, nilai dan tampak berprestij. Bentuknya
yang unik, sisiknya yang cantik, bermulut ‘bonytounge’
dan berskala besar. Khabar angin tentang misteri Arowana Asia ini telah
dibuat begitu istimewa dan ianya telah mencuri hati banyak pencinta
ikan.
MENGENAI IKAN AROWANA
Ikan
arowana atau dikenali juga sebagai ikan kelisa boleh dibahagikan kepada
beberapa jenis. Biasanya dibahagikan mengikut asalnya iaitu Asia,
Australia dan Amerika Selatan. Jadual di bawah menunjukkan jenis
arowana dan habitat asalnya.
Nama Arowana / Jenis Arowana
1. Asian Arowana
(dilindungi oleh CITES- spesis diancam kepupusan) diantaranya adalah
Kelisa emas (Malaysian Golden / crossback / highback), Super Red,
Banjar Red dan Yellow Green Tail Arowana
2. Ausralian Arowana: Pearl Arowana
3. South American Arowana: Silver Arowana & Black Arowana
3. South American Arowana: Silver Arowana & Black Arowana
Selain
itu, masyarakat cina juga mempercayai ikan ini mampu membawa tuah dan
mereka juga percaya bahawa ikan ini merupakan jelmaan naga kerana
sisiknya yang mirip sisik naga dalam mitos-mitos cina. Kedua-dua faktor
diatas menjadikan ikan ini sangat istimewa dan mendapat permintaan
yang tinggi terutama untuk pasaran eksport ke Singapura, Cina, Jepun,
Hong Kong dan lain-lain.
Friday, 21 December 2012
Jenis-Jenis Arowana
MALAYSIAN GOLDEN AROWANA
Ianya adalah salah satu spesis yang paling mahal bagi jenis arowana asia. Ada banyak pilihan daripada jenis Arowana Emas Malaysia seperti Arowana 'Golden Bluebase' iaitu
boleh dikenali dengan mengamati berdasarkan skala warna metalik biru
dan sejenis lagi dengan warna emas mengelilingi belakangnya atau semua
keseluruhan badannya keemasan, ianya dikenali sebagai Arowana 'Golden Crossback', jika ianya mempunyai badan setengah emas pula dikenali sebagai Arowana Highback dan juga sejenis lagi dikenali sebagai 'Super Highback'.
RED AROWANA
Ini juga merupakan salah satu ikan yang
popular di kalangan semua Arowana Asia, terutamanya kerana warnanya
begitu menyerlah sekali. Dengan sirip merah muda dan begitu juga dengan
bibir merah serta sisiknya, boleh dikatakan semua penggemar tidak mampu
menahan godaan untuk memiliki salah satu daripada mereka. Dalam beberapa
tahun terakhir ini semua jenis ikan arowana merah ini dikumpulkan
bersama-sama dan dipanggil 'Super Red atau Merah Kelas Pertama'
GREEN AROWANA
Arowana Hijau atau digelar ‘Green
Arowana’ memiliki tubuh hijau kelabu gelap dengan ekor bergaris hijau
kekelabuan. Bentuk kepelbagaian ini adalah sebuah perbezaan besar
dibandingkan dengan pilihan-pilihan lain dengan kepala atau porsi mulut
yang lebih besar dan bulat. Ini adalah salah satu spesis yang paling
banyak di Asia dimana ianya banyak terdapat di Malaysian , Indonesia,
Thailand dan lain-lain. Harganya juga amat berpatutan dan senang
dibiakkan.
PLATINUM AROWANA
Platinum Arowana
dihasilkan menggunakan teknologi canggih dimana hasil kacukan baka-baka
ikan arowana yang terbaik di dunia. Ianya juga merupakan ikan arowana
yang termahal di dunia yang pernah dihasilkan. Ianya jarang sekali
ditemui, ini kerana hanya pengusaha yang mempunyai teknologi tersebut
boleh membiakkan ikan jenis ini. Malah
permintaannya adalah amat tinggi sehingga mencecah ratusan ribu ringgit.
Kebanyakan ikan ini dibeli oleh pasaran luar seperti Jepun, Korea,
China dan negara-negara barat.
RED TAIL AROWANA
Kebanyakan Red Tail Golden Arowana
akan mempunyai warna emas disisiknya mencapai baris keempat dan
sekiranya sisik yang lebih baik akan mempunyai warna emas itu mencapai
baris kelima. Terbaik mengenai spesis ini adalah sisiknya akan bersilang
terus di belakang badannya sehingga sisik yang keenam. Jenis ini juga
agak mahal dipasaran kerana keunikan sisiknya yang dipanggil Super
highback.
BANJAR RED AROWANA
Banjar Red Arowana mirip dengan Yellow
Tail atau Green Arowana, ekor bulat berwarna merah dan skala warna hijau
metalik. Ini adalah Arowana yang paling mudah didapati dengan harga
berpatutan serta warna juga sangat menarik. Pencinta Arowana ini juga
menggelarkan namanya sebagai Arowana Kelas Merah Kedua.
SILVER AROWANA
Silver Arowana (Osteoglossum bicirrhosum) berasal dari Amazon Basin.
Ianya mempunyai sirip dan ekor yang panjang dan sisiknya dipenuhi
dengan warna perak, dan biasanya ikan arowana perak ini adalah jenis
arowana kelas yang paling ekonomi jika dibandingkan dengan jenis-jenis
spesis Arowana yang lain serta ianya juga senang dipelihara. Terdapat
juga spesis yang serupa iaitu Black Arowana dimana ikan ini berwarna
kelabu kehitaman.
Pengenalan Arowana
AROWANA
AROWANA terkenal sebagai ikan
unik yang tidak ternilai harganya. Arowana termahal di dunia yang mencecah
ribuan ringgit ialah arowana emas Malaysia, semestinya berasal dari negara ini.
Kedudukan Malaysia yang mengalami iklim khatulistiwa menjadi lokasi terbaik
bagi arowana membiak, sama ada di habitat semula jadi atau di dalam kolam
ternakan. Ikan ini tidak boleh membiak di negara beriklim sederhana seperti
Jepun, China, Thailand, Hong Kong dan Taiwan.
Walaupun terdapat pelbagai jenis
arowana yang wujud di seluruh dunia seperti di Amerika Selatan, Australia dan
Afrika, arowana Asia yang ada di negara ini merupakan yang paling cantik,
paling berharga dan paling diminati di seluruh dunia. Kepada peminat dan
masyarakat umum yang sangat meminati ikan hiasan ini, jangan lepaskan peluang
untuk memiliki buku Arowana Ikan Hiasan Bernilai yang kini sudah pun
berada di pasaran. Buku setebal 102 halaman hasil nukilan Mohamad Zaini
Suleiman ini mengandungi pelbagai maklumat yang bermanfaat tentang riwayat
arowana.
Terdapat enam bab dalam
kandungan buku ini yang menceritakan tentang perihal arowana. Bab pertama
merungkai kisah di sebalik populariti arowana, kejayaan pembiakan arowana, asal
usul arowana dan sifat fizikal arowana. Tahukah anda bahawa pada masa dahulu,
arowana dikenali sebagai ikan kelisa. Ia juga dikenali sebagai ikan sarung
golok di negeri pantai timur Malaysia. Selain dijual, dijadikan hidangan atau
dijadikan pekasam oleh nelayan, dahulu ikan ini tidak mempunyai keistimewaan
jika dibandingkan dengan ikan air tawar lain seperti lampam sungai, terbul,
tembakang dan sebaru. Kelisa yang dahulu hidup di habitat semula jadi di hulu
sungai, kini dikenali sebagai arowana dan dipelihara di dalam rumah atau di
dalam pejabat kerana sering dikaitkan dengan simbol kemewahan serta kejayaan dalam kerjaya
atau perniagaan seseorang.
Bab kedua menerangkan tentang jenis arowana yang terdapat di seluruh dunia dan yang dibiak di Malaysia. Terdapat tiga genus arowana di seluruh dunia, iaitu genus Scleropages, Osteoglossum dan Heterodontis yang tergolong dalam famili Osteoglossidae. Spesies yang terdapat di Malaysia dan Indonesia ialah Scleropages formosus. Terdapat tiga jenis utama arowana Asia di negara ini, iaitu arowana emas, arowana merah dan arowana hijau. Selain itu, terdapat pelbagai spesies di seluruh dunia yang tercatat dalam buku ini.
Keunikan arowana yang
menyebabkannya begitu bernilai dijelaskan secara terperinci oleh penulis dalam
bab ketiga. Antara keunikan arowana termasuklah warna sisik, sesungut, kelakuan
dan cara pembiakan. Bab keempat pula menceritakan tentang mangsa atau makanan
ikan ini yang bersifat pemangsa atau pemakan daging. Ikan arowana yang hidup di
habitat semula jadi menjadikan apa- apa sahaja yang ada di dalam air seperti
ikan, udang dan serangga termasuklah reptilia dan mamalia kecil yang
termasuk ke dalam air sebagai mangsanya. Sementara itu, ikan yang dipelihara
atau diternak di dalam kolam akan diberi makanan seperti cengkerik, belalang,
udang, anak ikan, katak, ulat gandum dan pelet.
Bab kelima pula menerangkan
tentang punca penyakit dan rawatan yang perlu dilakukan apabila arowana yang
dipelihara menghidapi penyakit. Tanda-tanda awal arowana berpenyakit dijelaskan
supaya pemelihara dapat mengenal pasti ikan kesayangan mereka seperti warna
yang semakin pucat dan tidak bermaya, bahagian hujung sirip yang pecah-pecah
dan bergerigi, tidak mahu makan atau morfologi badannya kelihatan tidak normal.
Ikan yang berpenyakit perlukan rawatan, namun memerlukan kos dan berisiko
tinggi. Oleh sebab itu, penjagaan yang sempurna terutama mutu air perlu diambil
kira sebelum ikan ini dijangkiti penyakit. Individu yang ingin memelihara ikan
ini, tetapi tidak mengetahui cara penjagaan di dalam akuarium bolehlah
mendapatkan penjelasan lanjut yang dihuraikan dengan lengkap dalam buku ini
yang diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka ini.
Rencana ini dipetik daripada Dewan
Kosmik Januari 2012
RM45.00 (kulit biasa) RM65.00 (kulit keras)
Subscribe to:
Posts (Atom)